February 01, 2016

Comfortably Numb

Dua hari ni, aku asyik loop lagu yang sama. Kenapa?

Hello, Is there anybody in there? Just nod if you can hear me. Is there anyone at home?
Aku teringat satu movie aku tengok masa sekolah menengah dulu. Clockwork Orange. Aku tak ingat siapa, tapi seseorang minta aku tengok dan explain cerita ni tentang apa. Pertama kali aku tengok cerita ni, aku tak paham langsung. Aku habis kan dua jam hidup aku tengok cebisan video yang tak make sense langsung. Aku pun lupa apa aku bagi tahu orang yang minta aku tengok cerita tu. Mampus lah. Hujung tahun 2014, untuk alasan yang aku taktahu kenapa, aku tengok semula cerita tu. Dan seperti kena rasuk, aku tiba tiba ada imaginasi liar tentang apa yang cuba disampaikan oleh Kubrick, dan aku seolah olah berada dalam wavelength yang sama dengan dia. Tidak pula aku cuba untuk interpret mesej sebenar yang dia sampaikan, cumanya, macam manusia biasa, aku ambil beberapa fragmen dari hidup aku sendiri, campakkan ke dalam plot cerita ini, dan memaksa otak aku untuk relate cerita ini dengan hidup aku. Sehingga hari ini, aku masih berpegang pada pemahaman aku dari cerita tu. True goodness must come from within. Selama ini, seperti Alex, I am organic on the outside, mechanical on the inside. Dan aku sangat benci idea itu. Idea yang kita semua robot, dan segalanya yang diberi kepada kita akan kita upload dan guna. Tidak ada pilihan lain, inilah yang terbaik untuk kita. Siapa kata?

Come on now, I hear you're feeling down.
Well, I can ease your pain, and get you on your feet again

Seperti biasa, sekolah habis dan aku berjalan keluar dari pintu pagar sekolah sambil air drum lagu I will survive yang Cake cover. Groovy gila. Earphone aku rosak sebelah. Sudah sekian lama aku ingatkan diri untuk simpan duit dan beli yang baru. Tapi, ye lah, budak sekolah kan. Ada saja benda bodoh yang aku beli. Naïve gila aku masa ni. Naïve. 14 year old me was pure, untouched dari dunia yang jahat. Dalam kepala aku, paling jauh aku fikir pun, pasal exam. Paling selalu aku fikir, pasal cerita apa aku nak tengok balik rumah ni. Aku selalu jalan kaki sampai lah ke tempat tunggu bas dekat jalan besar tu. Aku kena lalu satu lorong kecil ni untuk ke sana. Selalu ramai budak budak balik sekolah lalu jalan yang sama. Harini, aku balik lambat. Lambat sangat. Orang lain semua dah balik. Sunyi juga. Tapi aku jalan juga. Groovy betul lagu ni, aku fikir berulang ulang.. Esoknya aku pegi sekolah, dan aku bukan lah budak 14 tahun yang sama. Pukimak.

Relax, I'll need some information first. Just the basic facts
Can you show me where it hurts?

Sebelum ni, aku dan keluarga aku tinggal dekat Kampung Rumbia. Rumah sewa kami yang kecil dan hambar tu adalah tempat aku membesar. Tuan rumah kami adalah seorang janda dengan 2 anak bujang. Tua dah. Dah pangkat nenek. Aku panggil dia Wan. Wan Semah. Aku tak pasti kenapa. Mungkin nama dia Hasmah. Kot. Aku selalu main dekat halaman rumah dia, yang selangkah dua aja dari rumah aku. Kebiasaannya aku pergi rumah dia nak main buaian dia aja. Dia takada cucu. Jadi dia sangat suka aku main dekat rumah dia. Pertama kali aku belajar tangkap belalang, aku tangkap dekat laman rumah dia. Aku bangun tidur, berlari lari terus ke rumah dia, sebab dia panggil makan kuih yang dia buat. Aku ingat interior rumah dia. Dia selalu suruh aku bacakan dia surat khabar. Aku dah pandai baca surat khabar masa tu. 5 tahun. Dia suka sangat layan aku. Aku ingat masa tu aku dah sekolah. Tak pasti darjah berapa. Aku balik rumah jalan kaki dari sekolah, tapi aku singgah dulu dekat rumah nenek aku. Sebab nak pau kuih nenek aku buat sikit. Dan nak cuci kesan sos keropok dekat tudung. Nanti kena marah dengan mama. Aku baru bagi salam. Tengah cabut kasut. Aki sambut aku depan pintu sambil cakap, “Wan semah dah meninggal.” Tu merupakan kematian pertama dalam hidup aku. Aku ketawa, sebab aku ingat aki main main.

There is no pain, you are receding
A distant ship smoke on the horizon
You are only coming through in waves
Your lips move but I can't hear what you're saying
When I was a child I had a fever
My hands felt just like two balloons
Now I've got that feeling once again
I can't explain, you would not understand
This is not how I am
I have become comfortably numb

Orang selalu cakap aku banyak mulut. Aku selalu pergi kuliah lambat. Sudah lah lambat, aku punya entrance selalu bising. Kalau pensyarah belum datang, aku mesti masuk sambil cakap Good Morning!!!!! Aku ambil kerusi belakang. Berebut rebut handphone member aku sebab nak main game. Handphone aku bodoh. Tak boleh main game. Main sikit, panas. Macam palat. Semua orang nak pinjam handphone dia. Sebab highscore dia tinggi dan kitorang berebut nak beat. Entah lah kenapa kitorang tak install sendiri dekat handphone masing masing. Tak thrill agaknya kalau tak berebut. “Weh, malam ni jamming.” Hati aku tiba tiba berdebar. Perlahan lahan aku bangun dan blah. Aku taktahu macam mana nak cakap no. Aku tak pernah tolak setiap kali diajak keluar dan buat aktiviti diluar kampus. Harini pertama kali aku kena tolak.

O.K.
Just a little pin prick
There'll be no more aaaaaaaah!
But you may feel a little sick

“I can’t do this anymore.” Tercengang aku. Aku rasa macam kena tampar. Aku meraung raung minta diberitahu salah aku dekat mana. Aku baling semua nya. Buku, handphone, botol air, semua kertas aku remuk kan lumat lumat. Sama lumat dengan perasaan aku. Teman sebilik aku cepat cepat cuba tenangkan aku, tapi aku cuma minta ditinggalkan sendirian. Aku rasa macam kena tipu. Selama ini aku fikir, ada seorang manusia yang terima aku apa ada nya. Selama ni aku fikir, tak apa, kalau sayang, buruk dan baik semua dia terima. Bodoh nak mampus. Aku fikir sekurang kurangnya, aku ada cukup value pada dia, untuk dia properly let go. Rupanya, hendak bagi tahu dia sudah jatuh hati pada perempuan lain pun, dia takda telur. Entah apa apa. Walaupun aku tak faham dan tak pernah rasa dicurangi, aku lagi rela diberitahu dari kena tipu. Buang masa aku saja. Hendak ditangiskan pun aku takada selera. Lebih baik aku buat benda lain. Eh bangang betul pondan ni.

Can you stand up?
I do believe it's working, good
That'll keep you going through the show
Come on, it's time to go.

Aku taktahu macam mana nak define apa yang aku mahu sekarang. Semua nya aku ada, dan tak ada dalam masa yang sama. Sederhana. Aku nak yang biasa biasa saja. Aku nak sihat, aku nak ada masa untuk orang orang yang aku sayang. Aku nak cukup duit untuk makan. Aku nak yang biasa biasa aja.

There is no pain you are receding
A distant ship smoke on the horizon
You are only coming through in waves
Your lips move but I can't hear what you're saying
When I was a child
I caught a fleeting glimpse
Out of the corner of my eye
I turned to look but it was gone
I cannot put my finger on it now
The child is grown
The dream is gone
I have become comfortably numb.

Yang biasa biasa sahaja pun dah cukup.








No comments: